Tuesday, December 6, 2022

Abang Jo mahu BN menang di Julau, pastikan Larry Sng kempunan lagi

Secara Rawak

JULAU: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebentar tadi mahu Barisan Nasional (BN) mengekalkan Parlimen Julau, bagi menambah kukuh kedudukan BN Sarawak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurutnya, BN Sarawak menyasarkan lebih 28 kerusi dan ini termasuk P209 Julau.

BN di kerusi tersebut diwakili oleh Datuk Joseph Salang Gandum dan akan dicabar calon Bebas, Larry Sng Wei Shen.

“Dengan memenangi lebih banyak kerusi, kita akan menjadikan Sarawak lebih kuat dan suara kita boleh didengar dalam Kerajaan Persekutuan.

“Saya juga boleh berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan hak Sarawak,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jana, Batu Mario, di sini.

Pada majlis tersebut, Abang Johari mengumumkan peruntukan berjumlah RM139.3 juta kepada Daerah Julau.

Daripada jumlah itu, RM10 juta adalah untuk pembinaan Sungai Kanowit di Kubu Brooke-Sungai Meluan yang akan menghubungkan 13 rumah panjang dan tiga sekolah di kawasan berkenaan.

Sebanyak RM21 juta lagi adalah untuk pembinaan jalan untuk Rumah Kedit Sungai Buloh – SK Ulu Entabai, Kemalih Julau, RM40.3 juta untuk naik taraf Jalan Pakan, dan RM18 juta untuk jalan di Rumah Wilfred Uli ke Ulu Dayu, Pakan.

Ketua Menteri turut mengumumkan RM50 juta untuk pembinaan menara telekomunikasi di Daerah Julau. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru