Saturday, May 21, 2022

PRU14 bakal berlaku aman, pemilih dinasihat tidak takut tunai tanggungjawab — Polis Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Amer Awal hari ini memberi jaminan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di negeri ini akan berlangsung aman dan tenteram.

Katanya, pihaknya telah menugaskan lebih 7,041 pegawai dan anggota bagi memastikan proses demokrasi negeri ini berlaku tanpa gangguan.

“Usah takut untuk menunaikan tanggungjawab anda,” katanya ketika ditemui media selepas melaksanakan Undi Pos di Rumah Kelab IPK Sarawak di Jalan Badruddin hari ini.

Beliau merupakan salah seorang daripada 1,123 pegawai dan anggota polis yang layak mengundi pos.

Amer berkata, perkara yang paling penting bagi para pengundi ialah keluar awal dan elakkan mengundi pada saat akhir.

Ditanya tentang sindiket pertaruhan yang menyasarkan pada keputusan PRU14 ini, beliau berkata, pihaknya sedang memantau rapi perkara itu.

Beliau juga mendedahkan 16 kertas siasatan berkaitan pelbagai kes pilihan raya, telah dibuka sejak penamaan calon yang lalu.

Para petugas polis termasuk Pasukan Gerakan Am akan mengundi awal esok, di semua kem dan ibu pejabat polis sebelum bergerak ke pelbagai lokasi penugasan untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru