Tuesday, October 4, 2022

Lim Kit Siang melakukan walkabout di Taman Rejang

Secara Rawak

SIBU: Penasihat DAP , Lim Kit Siang berada di Sibu dalam usaha membantu kempen calon DAP bagi Parlimen Sibu dan Parlimen Lanang.

Beliau yang melakukan “walkabout” di Pusat Komersial Taman Rejang di sini pagi tadi sambil beramah mesra dengan penduduk di Taman Perumahan berkenaan.

Lim Kit Siang juga merupakan calon DAP bagi Parlimen Iskandar Puteri meluangkan masa kira-kira satu jam. Walkabout beliau yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi.

Malam ini , beliau akan memberikan ceramah di Pusat Komersial Beli Belah Wonderful Sungai Merah pada jam 9 malam.

Turut hadir, calon DAP bagi Parlimen Lanang, Alice Lau , ADUN Pelawan, David Wong, dan ADUN Bukit Assek, Irene Chang.

Calon DAP bagi Parlimen Sibu , Oscar Ling tidak ada di lokasi dipercayai melakukan kempen di pendalaman Sibu. –Sarawakvoice

Foto : Page Lim Kit Siang (林吉祥)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru