Tuesday, June 28, 2022

Sibuk kempen, Nik Omar ziarah bonda, guru serta pelajarnya di Pulau Melaka

Secara Rawak

KOTA BHARU: Tidak mahu mengulas isu pendirian ibunya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, calon PKR (Amanah) bagi kerusi Dewan Undangn Negeri (DUN) Chempaka, Nik Omar Nik Aziz yakin ibu mendoakan kejayaan beliau.

Nik Omar selepas menziarahi ibunya di Pulau Melaka pada Rabu, yakin ibunya mendoakan perkara baik untuk semua anaknya.

“Kita minta daripada bonda tidak banyak, yang penting minta bonda doa kepada semua anak-anaknya, apa yang berlaku ini hanya silap faham,” ujar Nik Omar.

“Kita hidup atas dunia ini bukan untuk bergaduh, kita hidup berlumba buat kebaikan,” tambah beliau.

Dalam kesibukan berkempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Nik Omar yang juga Pengetua Maahad Darul Anuar turut sempat menziarahi 40 guru serta sekitar 200 pelajar madrasah tidak jauh dari rumah ibunya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Penyertaan anak kedua mantan menteri besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga mursyidul am Pas dalam politik sebagai calon Pakatan Harapan Sabtu lepas, mengejutkan banyak pihak.

Adik beliau sendiri, Nik Abduh Nik Aziz yang juga Jawatankuasa Pas memberi reaksi “tidak selesa” terhadap tindakan abangnya itu.

Sebelum ini, Nik Omar didakwa tidak pulang rumah, disorok dan tidak mendapat restu ibu semenjak berkecimpung dalam politik.

Nik Omar berkata, sebagai Muslim kita perlu saling menghormati, “sesama Islam Allah sebut semua kita bersaudara”, justeru keimanan dan persaudaraan perlu dijaga. –Sarawakvoice

Foto: FB Nik Omar
Foto: FB Nik Omar

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru