Friday, October 7, 2022

Kanak-kanak 11 tahun di Sebangkoi Baru, mangsa kesembilan Rabies di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Satu lagi kematian akibat wabak Rabies direkodkan di Sarawak hari ini, menjadikan keseluruhannya, sembilan kematian.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumkan , kematian terbaharu itu berlaku di Kampung Sebangkoi Baru, di Simunjan.

“Ia kes Rabies ketiga melibatkan kalangan manusia direkodkan di negeri ini pada tahun ini.

“Dengan pengesahan kes ini, jumlah kes Rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak 30 Jun 2017 hingga 3 Mei 2018 adalah sebanyak sembilan kes, dengan lapan kes telah meninggal dunia dan satu kes didiscaj dari hospital.

Kes terbaharu ini kata jabatan itu lagi, melibatkan kanak-kanak lelaki, berumur 11 tahun, yang merupakan seorang pelajar di salah sebuah Sekolah Kebangsaan di Simunjan.

“Kes mula menunjukkan simptom Rabies pada 18 April seperti sakit dan lemah pada bahagian sebelah kanan lengan dan muntah-muntah.

“Pada 19 April, mangsa telah dibawa oleh ibu bapanya ke klinik swasta dan seterusnya ke Hospital Serian sebelum didiagnosa mengalami “Acute gastroenteritis”.

Semasa berada di Hospital Serian katanya, keadaan mangsa semakin tenat dan pada 22 April, telah mengalami serangan sawan sebelum dirujuk ke Hospital Umum
Sarawak.

Sampel klinikal mangsa kemudian dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur pada 2 Mei dan keputusannya didapati positif jangkitan virus Rabies.

“Keadaan mangsa semakin teruk dan meninggal dunia pada jam 12.06 tengah hari tadi, berpunca daripada Rabies encephalitis.

“Kes ini disyaki berkemungkinan pernah terdedah kepada gigitan anjing atau
haiwan lain yang berpenyakit Rabies melalui tanda luka pada tubuhnya yang telah
sembuh.

Hasil soal siasat dengan ibu bapa mangsa, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa pernah digigit oleh anjing atau haiwan lain.

Sehingga 2 Mei lalu, terdapat 30 kawasan di lima Bahagian di Sarawak
iaitu Serian (21), Sri Aman (1), Kuching (4), Samarahan (3) dan Sarikei (1) telah diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies oleh Kerajaan Negeri Sarawak. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru