Friday, August 12, 2022

Awasi dua hari terakhir penentu kemenangan PRU — Rais Yatim

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dua hari terakhir sebelum 9 Mei merupakan detik terpenting yang menentukan siapa pemenang Pilihan Raya Umum Ke-14, kata bekas Menteri Luar yang juga veteran UMNO, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dalam temu bual khas yang dipetik daripada KiniTV, Penasihat Sosiobudaya tersebut menegaskan berdasarkan pengalamannya, dua hari sebelum mengundi macam-macam perkara boleh berlaku.

“Dalam masa dua hari itu, apakah uftinya…apakah sampulnya… apakah yang diberi semasa dalam keretanya…itu yang menukar situasi.

“Jadi kepada semua pihak, saya nak beritahu jangan gunakan situasi itu dalam menentukan demokrasi sebenar.

Gambar fail

Katanya, penting untuk semua pihak berganjak ke tahap tertentu.

“Dan sekiranya dua hari akhir itu, masih macam dahulu juga….sukar untuk saya berkata untuk menentukan tahapnya,” tambahnya lagi.

Rais, 76 tahun pernah menjawat menteri di pelbagai kementerian sejak 1974 sehingga persaraannya pada 2013.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada tahun 1978 hingga 1982. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru