KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenangi semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, kata peguam mewakili parti Islam itu, Wan Rohimi Wan Daud
Wan Rohimi Wan Daud kini berada di United Kingdom untuk mengikuti kes berkenaan di Mahkamah Tinggi London, pada Isnin.
“TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos sekitar RM156,000 (28,000 pound),” katanya melalui Facebooknya.
Saman fitnah Abdul Hadi terhadap Brown dikemukakan di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu susulan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.
Portal berkenaan mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta bagi menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO. –Sarawakvoice
