MIRI: Satu daripada kerusi Parlimen di Sarawak yang dijangka panas dan menyaksikan persaingan sengit dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 ialah Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting akan menentang penyandang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Michael Teo.

Sebastian yang juga Setiausaha Agung SUPP merupakan seorang dariapda tiga Adun yang bertanding atas tiket Barisan Nasional.

Dua lagi ialah kerusi Stampin dan Sarikei.

Adun bertanding di tiga kerusi disifatkan oleh penganalisis politik sebagai strategi BN untuk memastikan kemenangan dalam PRU-14.

Datuk Sebastian Ting

BN menyasarkan untuk memenangi 28 kerusi, daripada 25 yang dimenanginya pada PRU-13.

Sama ada BN dapat merampas kembali Miri dari PKR terletak di tangan 80,524 pengundi, temasuk 9,354 pengundi baharu pada 9 Mei.

Pada PRU-13 calon PKR menang dengan majoriti 1,992 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Dr Michael menewaskan Sebastian dan Chong Kon Fatt dari State Reform Party (Star).

Kelebihan Sebastian terletak kepada perwatakannya yang mesra rakyat, malah seorang penganalisis berkata “hampir seluruh penduduk Miri telah dijabat tangan oleh beliau”.

Populariti Dr Michael pula berada pada paras 35 peratus.

“Segalanya adalah serba mungkin,” kata pemerhati politik akar umbi. –Sarawakvoice

Foto : Dr. Teo for Parliament! (Miri seat)