Tuesday, September 27, 2022

PM Najib tiba di Sandakan

Secara Rawak

SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tiba di Lapangan Terbang Sandakan semalam untuk menghadiri tiga program di sini dan Tawau hari ini.

Pesawat khas membawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tiba pada jam 8.32 malam.

Menyambut ketibaan Najib adalah Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan beberapa calon BN yang bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Kinabatangan.

Esok pagi Najib akan menghadiri dua program di sini iaitu merasmikan Sekolah Kebangsaan Bahagia di Batu Sapi dan Majlis Makan Tengah Hari dan Perjumpaan Bersama Masyarakat Tionghua di salah sebuah hotel.

Pada sebelah petang, Najib kemudian ke Tawau untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Kalabakan di Padang Tanjung Batu sebelum berlepas pualng ke Kuala Lumpur.–BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru