Satu fakta yang belum disentuh oleh mana-mana penganalisis politik ialah hakikat bahawa dalam PRU-14 ini PAS menunjukkan keazaman yang amat tinggi untuk meletakkan dirinya sebagai pemerintah. Bukan sahaja dengan meletakkan 158 calon daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di peringkat Pusat malah dengan meletakkan calon di lebih separuh kerusi di semua Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada PAS Perlis, PAS Kedah, PAS Kelantan dan PAS Terengganu kerana mencapai tahap 100% peratus dari segi pengemukaan calon di peringkat Dewan Undangan Negeri masing-masing dengan PAS Perlis meletakkan calon di semua 15 kerusi, PAS Kedah meletakkan calon di semua 36 kerusi, PAS Kelantan meletakkan calon di semua 45 kerusi dan PAS Terengganu meletakkan calon di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Tahniah diucapkan kepada PAS Pahang yang berada di tempat kedua dengan 97.6 peratus apabila meletakkan calon di 41 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Tahniah diucapkan kepada PAS Selangor yang berada di tempat ketiga dengan 87.5 peratus apabila meletakkan calon di 49 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Tahniah diucapkan kepada PAS Melaka yang berada di tempat keempat dengan 85.7 peratus apabila meletakkan calon di 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Tahniah diucapkan kepada PAS Perak yang berada di tempat kelima dengan 77.2 peratus apabila meletakkan calon di 44 daripada 57 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Tahniah diucapkan kepada PAS Negeri Sembilan yang berada di tempat keenam dengan 75.0 peratus apabila meletakkan calon di 27 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Tahniah diucapkan kepada PAS Johor yang berada di tempat ketujuh dengan 73.2 peratus apabila meletakkan calon di 41 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Tahniah diucapkan kepada PAS Pulau Pinang yang berada di tempat kelapan dengan 52.5 peratus apabila meletakkan calon di 21 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Tahniah diucapkan kepada PAS Sabah yang berada di tempat kesembilan dengan 30.0 peratus apabila meletakkan calon di 18 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Terbukti kini tohmahan “PAS mahu menjadi tongkat Umno” adalah fitnah semata-mata kerana, berdasarkan data ini, PAS sebenarnya mahu menjadi pengganti Umno! –Sarawakvoice

Dr Kamarul Zaman Yusoff

Penulis ialah penganalisis politik dan pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).