Friday, August 19, 2022

Azwan lwn. Azmin, sempat bernostalgia tangkap kambing zaman budak bersama abangnya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Saya sudah berjanji pada diri takkan mengutuk Azmin Ali sepanjang berkempen nanti,” ujar selebriti kontroversi Azwan Ali yang diketahui umum berbalah dengan abangnya, Menteri Besar Selangor Datuik Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Azwan, beliau tidak mahu memanjangkan perbalahan antara mereka terutama sepanjang berkempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebaik sahaja penamaan calon bermula Sabtu lepas.

Azwan juga meminta warganet menghentikan sikap batu api yang mahu melaga-lagakan beliau dengan abangnya itu.

Sementara, memberi wawancaranya dengan mStar online, Azwan mengaku beliau sebenarnya tidak mempunyai masalah dengan abangnya itu.

Azwan menceritakan memori zaman kanak-kanak yang sukar dilupakannya bersama abangnya terutama kenangan menangkap kambing.

 

Menurut Azwan arwah ayahnya, Pak Ali akan marah jika kambing lambat masuk kandang, jadi tugas mereka dua beradik memasukkan kambing ke kandang setiap hari sebelum 7 petang.

“Kebiasaannya dia (Azmin) kejar, saya tangkap (kambing). Saya kejar dia tangkap,” cerita Azwan mengutip laporan portal tersebut.

Azwan berlogokan Gajah menjadi calon Bebas menentang abangnya Azmin dari PKR serta tiga lagi calon lain iaitu Salwa Yunus (BN), Sharifah Hazlizah Syed Ariffin (Pas) dan Ahmad Kamaruddin (PRM) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru