MIRI: Masyarakat Lun Bawang diminta menyumbang kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melalui teks dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata mandat tersebut penting, agar selaku ketua di negeri ini, Abang Johari lebih mudah berunding dengan Putrajaya.

BN dikatakan memperuntukkan dua kerusi untuk Orang Ulu merangkumi Lun Bawang pada peringkat Parlimen iaitu Baram dan Lawas bagi mewakili suara mereka di Dewan Rakyat.

Sokongan kuat masyarakat Lun Bawang sangat penting menjamin kerajaan melaksanakan pembangunan demi kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat Lun Bawang seperti dijanjikan. –Sarawakvoice