Sunday, July 3, 2022

Putus asa punca lelaki bunuh diri di dalam tokong di Jalan Tabuan

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki Cina ditemui mati di dalam sebuah kereta jenis Toyota Corolla di Tokong Buddha Lim Fan Sah, Jalan Tabuan dekat sini sekitar jam 5 petang tadi.

Mangsa ditemui oleh pekerja tokong di kawasan parkir setelah kenderaan itu masih berada di situ, ketika dia hendak mengosong dan menutup tokong tersebut.

Pekerja tersebut kemudian menemui seorang lelaki tidak bernyawa dalam keadaan luka, dipercayai ditikam senjata tajam.

Dia kemudian memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek sebentar tadi ketika berada di lokasi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

“Setakat ini, kami mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh diri, kerana mangsa ada meninggalkan nota dalam bahasa Cina, yang memaklumkan kekecewaan dan putus asa terhadap dirinya sendiri.

“Kami juga telah menyemak sistem kamera litar tertutup dan mendapati mangsa telah memasuki lokasi kejadian sekitar jam 1.45 petang.

“Tiada pergerakan selepas itu,” katanya.

Ah Lek bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mangsa kerana perlu memaklumkan keluarga terlebih dahulu.

Pihak polis bagaimanpun katanya, masih melaksanakan siasatan lanjut dan menyelidik pelbagai kemungkinan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru