Mengundi kewajipan besar dalam Islam , Kata Hadi

0
6

PUTRAJAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan pengundi beragama Islam bahawa memilih pemimpin dengan keluar mengundi merupakan suatu kewajipan besar dan amat dituntut dalam Islam.

Beliau berkata perkara ini jelas dilihat ketika kewafatan Nabi Muhamad S.A.W di mana ketika itu hanya beberapa orang sahaja yang menguruskan jenazah baginda sedangkan para sahabat yang lain berkumpul untuk memilih pemimpin menggantikan baginda.

“Ini menandakan bahawa memilih pemimpin adalah lebih penting daripada mengebumikan jenazah. Malangnya sekarang orang Islam tidak tahu kewajiban yang lebih besar ini,” katanya pada majlis ramah mesra bersama penduduk di sini.

Ditanya mengenai dapatan kajian ‘Merdeka Center’ bahawa parti itu akan menghadapi cabaran getir daripada Barisan Nasional di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Abdul Hadi berkata kajian itu tidak tepat kerana berdasarkan panggilan telefon sahaja.

“Kajian dia (Merdeka Center) berdasarkan telefon sahaja sebab itu kita merasakan bahawa kajian kita lebih berpijak di bumi yang nyata… namun kita ambil kira juga kajian mereka untuk melihatkan kelemahan yang ada,” katanya.– BERNAMA