Saturday, December 3, 2022

Permohonan Suhakam jadi pemerhati PRU14 ditolak SPR

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Razali Ismail memaklumkan permohonan badan itu menjadi pemerhati Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Razali dalam kenyataan beliau berkata Suhakam tidak berpuas hati dengan keputusan ini, lebih-lebih lagi ketika ada pihak antarabangsa dibenar menjadi pemerhati pilihan raya ini.

Sebelum ini, SPR mengumumkan mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa meninjau ketelusan proses PRU14 melibatkan tujuh negara iaitu Indonesia, Thailand, Maladewa, Timor Leste, Kemboja, Kyrgyzstan, Azerbaijan serta mengundang Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC).

“Suhakam tidak dibenarkan memasuki kawasan pembuangan undi semasa pilihan raya ini,” kata Razali yang mendesak agar SPR menerima asas utama kepada hak asasi manusia berkaitan integriti antaranya menyediakan pilihan raya bebas dan adil.

Menurut Razali, SPR tidak menyatakan syarat bagi pemerhati ini dan berkata pemerhati dari negara yang melaksanakan demokrasi utama belum dijemput. –Sarawakvoice

Foto ISMAWeb

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru