Thursday, September 29, 2022

Nama hilang, wujud semula dalam daftar pemilih, SPR nafi kebenarannya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Anda mungkin terbaca mesej tular di laman sosial yang memaparkan dakwaan bahawa nama mendiang MM Narayanan Nair T. Narayanan Nair yang meninggal dunia pada 2003, dimasukkan kembali ke dalam daftar pemilih selepas nama tersebut dikeluarkan daripada senarai 2017.

 

Awas, kebenaran mesej tersebut dipertikaikan!

“SPR mendapati nama pemilih tersebut tidak pernah dipotong dan namanya kekal dalam senarai daftar pemilih sejak ia didaftarkan pada 1994,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan medianya pada Khamis.

Mohd Hashim berkata SPR membuat semakan segera terhadap dakwaan yang tular di media sosial itu.

Beliau berkata dakwaan pihak berkenaan berkaitan nama mendiang pernah dikeluarkan dan dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih menjelang PRU14 adalah tidak benar.

Mohd Hashim mengulas kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan isu penularan maklumat tersebut dengan JPN menghubungi keluarga mendiang menjelaskan kekeliruan tersebut dan ia difahami serta diterima baik oleh keluarga terbabit.

Menurut Mohd Hashim, SPR mengambil tindakan segera memotong nama pemilih berkenaan dalam daftar pemilih PRU14.

Beliau turut menegaskan, SPR tidak boleh sewenang-wenangnya memotong nama seseorang pemilih tanpa pengesahan kematian oleh JPN. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru