Wednesday, December 7, 2022

4 anggota ada talian dengan Ketua Menteri Sabah bakal menentang pembangkang

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah mungkin melakar satu rekod baharu.

Betapa tidak, Musa Aman menampilkan sekurang-kurangnya lima calon yang mempunyai pertalian dengan beliau pada pilihan raya umum ke-14.

Mengemukakan anak dan ahli keluarga dalam pilihan raya adalah sesuatu yang lazim seperti yang pernah dilakukan pemimpin terdahulu termasuk bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, ketua pembangkang Lim Kit Siang, malah Presiden UPP Wong Soon Koh.

Namun, berbeza daripada pemimpin berkenaan, Musa menampilkan mereka yang punya hubungan dengan beliau dalam jumlah yang besar.

Dan senarai berkenaan sudah pun tular sejak beliau membuat pengumuman calon di Kota Kinabalu Khamis.

Maksudnya, Musa memperluaskan lagi maksud politik keluarga dalam PRU kali ini.

Musa yang kini ketua menteri akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibunga dan adiknya Menteri Luar Anifah Aman mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis.

Anak Musa, Yamani Hafez akan akan bertempur di Parlimen Sipitang.

Besan Musa Ghulam Haidar Khan mempertahankan DUN Kawang.

Menantu Musa, Mohd Ariffin Mohd Arif akan mempertahankan kerusi DUN Membakut. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru