Tuesday, May 11, 2021

Tanggungjawab besar dipikul bagi menyampaikan suara masyarakat di Kota Samarahan- Rubiah Wang

Mesti baca

KOTA SAMARAHAN: Calon Barisan Nasional(BN) P197 Kota Samarahan, Rubiah Wang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Mohd Najib dan Datuk Patinggi Abang Johari selaku Pengerusi BN Pusat dan Negeri diatas keyakinan yang diberikan kepada Beliau untuk mempertahankan Parlimen Kota Samarahan pada pilihan raya kali ini.

Rubiah berkata, ” Terima Kasih kepada warga P197 Kota Samarahan atas sokongan selama lima tahun ini dan terus menyokong saya dan bersama kita terus memakmurkan Kota Samarahan yang kita cintai.”

“Ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang amat besar bagi saya dalam menyampaikan kehendak dan harapan masyarakat P197 Kota Samarahan kepada kerajaan sekaligus mewakili suara mereka di Parlimen kelak sekiranya memenangi Pilihan Raya ini,” katanya di dalam satu mesej yang dikeluarkan di laman Facebook Rasmi beliau.

Katanya lagi, “Menjadi aspirasi saya, semoga Kota Samarahan terus maju dan makmur seiring dengan agenda pembangunan disamping meningkatkan ekonomi serta mampu melahirkan ramai lagi barisan pemikir dan cendikiawab yang bakal menjadi pelapis negara pada masa hadapan .”

Rubiah yang julung kali bertanding pada Pilihan Raya Umum lepas mendapat 24,202 undi dengan menewaskan calon PAS iaitu Abang Ahmad Kerdee Bin Abang Masagus yang mendapat 6,801 undi dan sekaligus meraih majorit undi yang besar iaitu sebanyak 17,401 undi. –Sarawakvoice

Gambar fail/ Foto FB

Secara Rawak

Artikel Terbaru