Tuesday, January 25, 2022

PAS akan cabar Nancy Shukri di Batang Sadong

Secara Rawak

KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Batang Sadong, Datuk Sri Hajah Nancy Shukri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk mempertahankan Parlimen P200 Batang Sadong pada Pilihan Raya kali ini.

Menurutnya,tanggungjawab dan amanah ini akan beliau laksanakan sebaiknya demi menjulang prinsip dan semangat juang BN dan Paerti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh penduduk di P200 Batang Sadong atas sokongan yang diberikan kepada saya sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat di Batang Sadong,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kita telah pun mengharungi tempoh 10 tahun bersama dalam membangunkan Batang Sadong dan antaranya ialah berdiri gagahnya Jambatan Batang Sadong yang merupakan jambatan merentasi sungai terpanjang di Malaysia,” ujarnya.

“Kesinambungan pembangunan yang telah dirancang bersama dengan ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) BN di N24 Sadong Jaya, N25 Simunjan, dan N26 Gedong akan terus kita laksanakan melalui mandat yang akan diberikan kepada saya jika BN menang pada Pilihanraya Ke-14 kali ini,” kata Nancy.

Beliau menyeru agar semua warga P200 Batang Sadong terus berdiri teguh dan berjalan seiringan dengan beliau serta BN pada PRU Ke-14 dan bersama-sama berjuang dengan satu misi iaitu memperhebatkan lagi P200 Batang Sadong.

Pada Pilihan Raya Ke-13 yang lalu, Nancy mendapat 13,377 undi dengan menewaskan Mohamad Jolhi yang mewakili PKR yang mendapat 2017 undi.

Asan Singko, 64, dari PAS akan menentang Nancy pada PRU-14. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru