Parlimen Stampin, dua gergasi dan maruah Cina

0
5

KUCHING: Kawasan “paling panas” dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 di Sarawak pada kali ini tentunya Parlimen Stampin, yang menyaksikan pertembungan “karektor” menjadi pertaruhan.

Ia menyaksikan dua pemimpin parti dominasib Cina beradu kekuatan. Malah boleh dikatakan ibu segala parlimen dalam PR14 di Sarawak, seperti bola sepak yang menjadi ibu segala pingat dalam temasya sukan dunia.

Chong Chieng Jen memang mengimpikan pertemuan dengan Prof Datuk Dr Sim Kui Hian, dan keputusan Kui Hian menyahut cabaran tersebut menjadikan Parlimen ini “gelanggang manok sabung” sebenar pada kali ini.

Menjadi tradisi dalam kedua-dua parti ini siapa yang kalah akan meletak jawatan. Namun “tradisi anak jantan” itu tidak akan berlaku kerana dalam keadaan apa pun, masing-masing sudah ada kedudukan di peringkat negeri.

Kui Hian adalah Adun Batu Kawa dan kini bertaraf menteri, manakala Chieng Jen merupakan Adun Kota Sentosa bertaraf Ketua Pembangkang.

Paling menarik, kedua-dua Adun tersebut terletak dalam Parlimen Stampin.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 yang lalu, Dun Batu Kawa yang pernah menjadi kubu kuat DAP, menyaksikan Kui Hian menang apabila memperoleh 6,414 undi, untuk mengetepikan penyandang Christina Chiew yang memperoleh 4,329 undi.

Di kerusi Kota Sentosa, pula Chieng Jen menang 2,819 undi daripada Wilfred Yap.

Dengan majoriti yang hampir setara, apakah Dun Batu Kitang menjadi penentu kemenangan?

Lo Khere Chiang (BN-SUPP) di kerusi Dun Batu Kitang mencatat 6,466 undi untuk ‘memanggang’ ayam sabung Chieng Jen, Abdul Aziz Isa yang sekadar mengutip 4,626 undi.

Jika berdasarkan Daftar Pemilih 2016 yang menghimpunkan 55,107 pemilih berdaftar, DAP sekadar memperoleh 19,002 undi manakala BN diundi seramai 20,109 pengundi, bermakna BN berpeluang besar.

Pada 2013, Julian Tan memperoleh 41,663 undi untuk menewaskan penyandang, Datuk Dr Yong Khoon Seng yang sekadar membawa pulang 22,993 undi. Manakala Lina Soo yang bertanding atas tiket STAR, hanya memperoleh 239 undi. Tapi itu sebelum Dun Batu Lintang dicabut keluar dalam persempadanan semula.

Yang jelas, banyak pihak memerhati secara dekat akan pertembungan ini, yang juga dijangka mempertaruh maruah masing-masing. –Sarawakvoice

Dr Sim Kui Hian
CHONG CHIEN JEN