Tuesday, December 6, 2022

PPBM tetap guna logo PKR

Secara Rawak

PETALING JAYA: Calon PPBM akan tetap menggunakan simbol PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun mahkamah telah menggantung arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membubarkan sementara pendaftaran parti itu, kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata dengan keputusan mahkamah itu, PPBM kini bebas untuk meneruskan perjuangan.

“Untuk PRU14, aturan yang dipersetujui adalah menggunakan logo tunggal iaitu PKR dan keputusan mahkamah hari ini tidak mengubah persiapan kita,” katanya dalam sidang media di pejabat PPBM, di sini semalam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari semalam menggantung keputusan RoS sehingga permohonan semakan kehakiman difailkan parti itu diputuskan oleh mahkamah.

PRU14 akan diadakan pada 9 Mei ini. — Bernama

Foto : FMT

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru