Friday, October 7, 2022

Kontrak Pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak tamat 9 Mei

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Cahya Mata Sarawak Bhd (CMSB) mengumumkan kontrak Tan Sri Syed Anwar Jamalullail, 66, sebagai Pengerusi Kumpulan, akan tamat berkuat kuasa 9 Mei, 2018.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, CMSB berkata Timbalan Pengerusi Kumpulan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, 54, akan menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Interim mulai 10 Mei, 2018 sementara syarikat mendapatkan calon kekal bagi jawatan berkenaan.

Dalam kenyataan berasingan, CMSB berkata Syed Anwar telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada 10 Mei, 2016 dan kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan mulai 1 Julai, 2006.

Mahmud Abu Bekir berkata sejak 2006, syarikat telah mencatatkan perubahan positif yang memberangsangkan selain melaksanakan pelaburan strategik ketara selaras dengan perkembangan perindustrian negeri.

“Semasa hampir 12 tahun kepimpinan Syed Anwar, harga saham syarikat meningkat secara ketara daripada 35 sen (harga selepas pecahan dan bonus) dan sehingga setinggi RM6 pada Julai 2015, mewakili peningkatan 1,614 peratus.

“Ia adalah antara pencapaian terbaik bagi syarikat kami dari segi perwujudan nilai pemegang saham,” katanya, dengan menambah, syarikat juga berjaya disenaraikan sebagai antara 100 syarikat terbaik Malaysia dari segi pemodalan saham pada 2013.– BERNAMA

Foto : Malaysia Airports Holdings Berhad

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru