Saturday, June 25, 2022

PAS nafi sedia bergabung dengan BN  bentuk Kerajaan Persekutuan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  PAS menafikan berita bahawa parti itu bersedia bergabung dengan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut Abdul Malik Ab Razak,  Setiausaha Akhbar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  kenyataan yang dikeluarkan TV1 berkaitan perkara berkenaan merupakan salah tafsir daripada kenyataan Abdul Hadi. 

“Saya merujuk kepada berita RTM TV1 yang menyebut bahawa ‘PAS sedia bergabung dengan BN bentuk kerajaan persekutuan’ adalah salah tafsir daripada maksud sebenar Presiden PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Calon PAS Sarawak PRU-14 di pejabat Badan Perhubungan PAS Sarawak kelmarin, Presiden PAS menjelaskan bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada BN atau Pakatan Harapan dengan meletakkan syarat Islam.

“Sekiranya BN dan PH tidak menerima syarat tersebut, PAS terus menjadi pembangkang. Jika semuanya menerima syarat, PAS akan bekerjasama membentuk gagasan perpaduan rakyat tanpa pembangkang,” katanya.

Oleh itu,  kata Abdul Malik tajuk yang diletakkan dengan mengkhususkan kerjasama dengan BN sahaja adalah salah tafsir dan tidak tepat. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru