Tuesday, October 4, 2022

Lim Kit Siang tidak berganjak dari kerusinya

Secara Rawak

JOHOR BHARU: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang akan mempertahankan Parlimen Gelang Patah yang sudah diubah nama menjadi Iskandar Puteri di sebalik spekulasi beliau akan berpindah ke kawasan lain.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng  menumumkan keputusan berkenaan dalam majlis kutipan dana bagi Parlimen Iskandar Puteri malam tadi.

“Dengan sukacita saya sebagai setiausaha agung umumkan, Jawatankuasa Eksekutif Pusat dengan sebulat suara membuat keputusan memilih calon yang dapat membawa kita kepada kemenangan kepada parti,” katanya.

Kit Siang sebelum ini dispekulasikan akan berpindah ke tempat lain, termasuk ke kerusi Parlimen Johor Bharu untuk menentang Tan Sri Shahrir Samad.

Dalam PRU-13 lalu, beliau menewaskan Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Kit Siang dijangka menang walaupun berdepan cabaran besar di kawasan berkenaan. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru