SIBU: Jabatan Penerangan Malaysia akan menganjurkan program “Harmony Nite:United We Stand” pada malam ini.

Program ini akan berlangsung di Pintu Gerbang Sibu , dan program ini akan bermula pada jam 6 petang.

Pelbagai acara hiburan akan berlangsung pada malam ini , dimana terdapat persembahan tarian dan nyanyian bakal dilangsungkan.

Program ini akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Patinggi Abang Haji Openg.

Turut dijangka hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Warga Sibu dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini pada malam nanti. –Sarawakvoice