Tuesday, October 4, 2022

Prinsip asas GST pun pembangkang tak faham

Secara Rawak

Nampaknya Pakatan mahu mengambil kesempatan dari penyokong mereka yang kurang pengetahuan bagi mencetus kebencian lagi.

Asas utama serta prinsip GST atau VAT adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan membayar sepenuhnya GST atau VAT.

Pihak ketiga dalam sistem perbekalan boleh menuntut kembali namun pengguna terakhir tidak boleh menuntut kembali GST/VAT.

Bagi projeck Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pelanggan terakhir adalah pihak kerajaan.

Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan.

Adalah lebih baik untuk mengecualikannya, di mana ia diperuntukkan melalui Akta GST agar tiada proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih dapat dielakkan.

Tidak seperti projek kerajaan lain, projek ini dibiayai oleh pinjaman mudah luar negara.

Memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman dan faedah meningkat.

Kalau kos projek termasuk GST maka kos RM55b akan meningkat ke RM58.3 bilion. Yang perlu d pinjam pun naik RM3.3 bilion juga walaupun akhirnya RM3.3 bilion ini akan dikutip balik oleh kerajaan dalam bentuk GST selepas projek tamat.

Maka tindakan kerajaan adalah tepat bagi mengurangkan kos serta mengelak perbelanjaan bertindih bagi projek ini.

Mengapa pemimpin senior Pakatan tidak memahami asas paling utama sistem percukaian GST?

Syarikat tempatan yang juga buat projek untuk kerajaan sebagai pembeli terakhir di mana projek mereka tidak di beri penegecualian khas untuk GST akan membayar GST semasa menjalankan projek.

Syarikat tempatan ini akhirnya akan mengenakan dan mengutip GST dari kerajaan (yang dibayar balik ke kerajaan) tetapi boleh menuntut kembali semua GST (sebagai input tax) yang telah dibayar oleh syarikat dalam proses menjalankan projek itu.

Akhir-akhirnya, kesemua GST yang syarikat tempatan itu bayar semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga ditanggung balik oleh kerajaan. –Sarawakvoice

Eric See-To, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru