Monday, August 15, 2022

Pegawai kanan SPRM diugut dengan peluru hidup, dipercayai kerana siasat kes profil tinggi

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Satu laporan polis telah dibuat semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah salah seorang daripada pegawai kanannya diancam dengan peluru hidup.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki memberitahu, pihaknya memandang serius akan ugutan tersebut.

Ugutan peluru hidup itu diletakkan di dalam peti surat rumah salah seorang pegawai kanannya, yang disekalikan dengan nota berbaur ugutan pada Ahad.

“Menerusi laporan polis ini, kita (SPRM) menggesa pihak polis untuk menyiasat kes tersebut serta mengenal pasti individu terbabit.

“Kita memohon supaya tindakan sewajarnya diambil mengikut lunas undang-undang.

SPRM katanya, percaya perbuatan mengugut itu ada kaitan dengan beberapa kes berprofil tinggi yang disiasat oleh pihaknya sejak kebelakangan ini.

“Ingin ditegaskan, warga SPRM tidak akan sama sekali tunduk kepada ugutan sedemikian dan akan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasa gentar,” tegasnya. –Sarawakvoice

Gambar hiasan / Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru