Friday, October 7, 2022

Ceroboh Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau, 6 warga Indonesia ke penjara, denda RM3,000

Secara Rawak

SRI AMAN: Enam warga Indonesia dipenjara empat bulan dan denda RM3 ribu setiap seorang selepas mengaku bersalah menceroboh Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau.

Mereka mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Jika gagal membayar denda, kesemua tertuduh akan dilanjutkan penjara selama enam bulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didapati menceroboh Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau tanpa kebenaran warden.

Perbuatan ini merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 24(1), Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Sebelum ini, kesemua tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah Seksyen 6(3), Akta Imigresen 1959/63. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru