MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) harus memastikan BN menang kali ini di Miri demi mencapai impian rakyat merealisasikan “Stronger Sarawak”.

Bercakap pada Majlis Pelancaran War Truck SUPP di pekarangan SUPP Cawangan Senadin, Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian menegaskan kemenangan ini akan menguatkan suara BN Sarawak di Parlimen.

Justeru, cara ini membolehkan hak negeri dan kentingan rakyat Sarawak dapat dituntut dan dikembalikan.

Menganggap pembangkang selepas menang PRU lepas tidak menyumbang kepada kemajuan Miri, Sim mahu kali ini pembangkang dikalah dan disingkirkan keluar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, rakyat Sarawak mempunyai kesedaran tinggi memperjuangkan hak Sarawak seperti termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Tidak ada Sarawak, tidak ada Malaysia,” kata Sim dan membayangkan beliau sendiri sanggup kembali berkhidmat di Sarawak dari luar negara, disebabkan beliau menyayangi negeri ini. –Sarawakvoice