Friday, October 22, 2021

Pelajar sambut hari jadi dipukul, buat laporan polis

Mesti baca

SHAH ALAM: Seorang pelajar dalam video tular yang ‘merelakan’ diri dipukul ketika menyambut hari jadi di sebuah sekolah menengah di sini telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pelajar tersebut membuat laporan itu di Balai Polis Seksyen 9 di sini kira-kira 8.53 malam tadi.

“Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada Februari lepas dan difahamkan pihak sekolah telah mengenal pasti kesemua pelajar terlibat serta siasatan terperinci akan dijalankan.

Video berdurasi 29 saat yang tular dalam laman sosial sejak semalam menunjukkan lapan pelajar lelaki termasuk seorang yang dipercayai pengawas, menyepak dan memukul rakan sekelas mereka menggunakan sebatang penyapu sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

Cara sambutan hari jadi itu dikatakan menjadi tradisi segelintir pelajar sekolah berkenaan.– BERNAMA

Video pelajar sekolah sepak rakan sempena hari jadi jadi tularSHAH ALAM – Satu rakaman yang memaparkan seorang pelajar sekolah menengah di sini dipukul sebagai simbolik bagi meraikan sambutan hari lahirnya tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.Dalam video berdurasi 29 saat itu kelihatan lapan lelaki termasuk seorang pengawas telah menyepak dan memukul pelajar tersebut menggunakan sebatang kayu.Malah, sambil memukul pelajar tersebut, kesemua lapan pelajar itu juga menyanyikan lagu "Happy Birthday Khairul".Difahamkan, ia merupakan amalan biasa pelajar menyambut hari lahir.Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan ketika mengulas kejadian itu memberitahu, satu siasatan sedang dijalankan bagi menyiasat secara terperinci berhubung kes tersebut.Katanya, siasatan tersebut akan diketahui dalam masa beberapa hari lagi dan sekolah berkenaan telah dikenalpasti. #inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, April 15, 2018

Secara Rawak

Artikel Terbaru