Wednesday, September 22, 2021

Lelaki warga emas ditahan di Jalan Mendu selepas buat, jual lima laras senapang

Mesti baca

KUCHING: Siapa sangka seorang penjaga parkir rupanya seorang pembuat senjata api.

Dan ia menjalankan operasi membuat, malah menjual senjata itu di bandar raya ini.

Bertindak atas maklumat awam dan risikan, satu serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Siasatan Jenayah Berat D9 Kontijen Sarawak di rumah sewa di Jalan Mendu di sini sekitar jam 4 petang semalam.

Hasil serbuan itu, menurut Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, polis menahan lelaki berusia 60 tahun selain menemui lima laras senapang angin buatan sendiri.

Turut dirampas 19 biji guli yang digunakan sebagai peluru serta pelbagai peralatan yang dipercayai untuk membuat senapang.

Setelah soal siasat, katanya, suspek mengaku membuat senapang angin berkenaan untuk dijual kepada para pemburu di negeri ini.

“Kita sedang memohon perintah reman ke atas suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. –Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru