Monday, October 25, 2021

Calon DAP, Paren Nyawi cabar Alexander Nanta Linggi di Kapit

Mesti baca

SIBU: Seperti diramal, Parti Tindakan Demokratik (DAP) malam tadi mengumumkan Paren Nyawi sebagai calon yang akan mencabar Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Alexander Nanta Linggi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, Nyawi, 37 tahun,  bukan muka baharu.

“Beliau pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri Katibas pada Pilihan Raya Negeri yang lalu,” katanya ketika berucap jamuan makan malam sempena ulang tahun ke-40 DAP di sebuah restoran di sini.

Pada majlis yang sama, beliau mengesahkan bahawa tiga penyandang di kawasan tengah Sarawak iaitu Oscar Ling (Sibu); Alice Lau (Lanang) dan Wong Lin Biu (Sarikei) akan mempertahankan kerusi mereka masing-masing.

Paren Nyawi

Turut hadir Pengerusi DAP Pusat, Tan Kok Wai.

Nyawi merupakan akauntan bertauliah dilahir dan dibesarkan di pekan Song, Kapit.

Beliau pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Song di antara 1988 dan 1998, sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam.

Beliau memperolehi Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) pada 2004.

Beliau juga pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri N.62 Katibas dalam kawasan Parlimen Kapit.

Dalam PRU13, calon BN, Alexander memperoleh 13,446 undi untuk menumpaskan calon DAP, Ramli anak Malaka yang mengutip 3,715 undi. — Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru