Sunday, September 25, 2022

BN sedaya upaya pastikan Muhyiddin tewas

Secara Rawak

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor akan berusaha sedaya upaya untuk  memastikan Timbalan Presiden Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin tewas  pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Itulah azam  Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, BN negeri juga tiada halangan untuk bekas timbalan Perdana Menteri itu bertanding di mana-mana kerusi diingini.

“Dalam pilihan raya, setiap parti hendak pastikan lawan mereka tidak menang,” tegasnya

“Sepertimana dia hendak pastikan saya kalah, saya pun akan pastikan dia kalah,” Mohamed Khaled.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Semarak Karakter Murid Johor 2018 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Johor Jaya, di sini,semalam.

Selian bertanding di kerusi Parlimen, bekas Ahli Parlimen Pagoh itu turut membayangkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir. –Sarawakvoice 

Foto : Berita Daily

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru