Pada 18 November 2015, saya selaku Pengarah MAPAN, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah menganjurkan satu majlis syarahan oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), UUM.

Menonton kembali rakaman majlis syarahan ini, terdapat beberapa perkara mengejutkan yang disuarakan oleh Tan Sri Abdul Rashid. Dan disebabkan beliau sendiri menyebut dalam syarahan beliau ini beliau tidak kisah jika ada wartawan melaporkan kandungan syarahan beliau ini, maka dikemukakan di sini salah satu daripada perkara yang beliau dedahkan.

Salah satu daripada perkara yang beliau dedahkan ini ialah mengenai DAP mendapat bantuan dana asing untuk menghadapi pilihan raya di mana ayat-ayat sebenar yang beliau gunakan adalah:

  •     “But of courselah some strong parties like DAP apa semua they got their foreign assistance and so on.”
  •     “You can ask the DAP tu why are they not agreeing with this (electoral funding act), because a lot of splash fund they called it came from foreign countries. Funny, Singaporelah Hong Konglah masuk, Taiwan. A lot of money coming in, dia ada couriers to do it, masuk, to fund elections.”

Jika pendedahan ini dibuat oleh orang biasa maka sudah tentulah ini tidak akan mengejutkan tetapi bila yang mendedahkannya adalah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya seperti Tan Sri Abdul Rashid maka sudah tentulah ia mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk dipercayai. Semoga pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini. –Sarawakvoice

Foto : Malaysia Dream News

Penulis ialah penganalisis politik yang juga pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).