Saturday, December 3, 2022

Betulkah Tun Mahathir mampu cetuskan tsunami rakyat dalam PRU-14?

Secara Rawak

SIBU: Sejauh manakah kehadiran semula bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dapat menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN)?

Mampukah Pengerusi Pakatan Harapan itu mempengaruhi sekitar 15 juta pengundi termasuk di luar bandar?

Setidak-tidaknya bagi  Ahli Dewan Undangan Negeri Palawan, David Wong Kee Woan, kehadiran Tun Mahathir antara faktor yang menyebabkan pilihan raya umum (PRU) ke-14 sengit.

Pakatan Harapan kelihatan yakin dapat menumbangkan BN dalam apa yang disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai bapa segala pilihan raya.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan.

“Pilhan raya umum ke-14 peluang terbaik untuk Pakatan Harapan menguasai Putrajaya,” kata David Wong dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau yakin, kehadiran Tun Mahathir yang memerintah Malaysia selama 22 tahun kerana beliau mampu mencetuskan tsunami rakyat, dan bukan hanya tsunami Melayu pada 9 Mei ini.

Agenda utama  Tun Mahathir adalah untuk menumbangkan Najib. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru