Friday, August 19, 2022

Terbongkarnya skandal Trump: Siapa pula anak luar nikahnya?

Secara Rawak

NEW YORK: National Enquirer mendapat maklumat dari sumber bekas pengawal pintu bangunan Trump World Tower, mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memiliki anak luar nikah hasil hubungan sulit bersama pembantu rumahnya pada 1980-an.

Tuduhan tabloid tersebut didakwa diperoleh dengan membayar bekas pengawal itu sebanyak AS$30,000 (RM116,000).

“Saya mengesahkan semasa bekerja di Trump World Tower, saya diminta tidak mengkritik pembantu rumah Presiden Trump berkaitan hubungannya dengan Trump yang menghasilkan seorang anak,” kata bekas pengawal itu seperti disiarkan CNN.

Sementara, American Media Inc (AMI), syarikat induk tabloid itu National Enquirer mengesahkan kepada AFP bahawa pembayaran berkenaan berlaku.

Ketua redaksi National Enquirer Dylan Howard, turut mengesahkan wujudnya pembayaran tersebut dalam artikel disiarkan Radar Online yang juga milik AMI.

New Yorker menuding setelah membeli hak eksklusif atas berita tersebut, National Enquirer memutus menyembunyikannya demi melindungi Trump yang berdepan Pilihan Raya Presiden 2016.

AMI bagaimanapun menafikan laporan New Yorker, sebaliknya menyatakan mereka tidak menerbitkan berita tersebut atas faktor kredibiliti berita berkenaan yang lemah.

New Yorker sebelum ini turut membocorkan hubungan sulit Trump dengan bekas model majalah Playboy, Karen McDougal yang juga mengaku diberi wang AS$150,000 (RM581,000) oleh Enquirer agar tutup mulut.

Kini, McDougal pula mengajukan tuntutan kepada AMI dan meminta agar dia dapat menyiarkan semua ceritanya.

“AMI berdusta kepada saya dan berulang kali memanipulasi saya. Saya hanya mahu membuat semuanya jelas dan melanjutkan hidup saya, bebas dari syarikat tersebut,” kata McDougal seperti dilaporkan CBS News.

Sebelum ini, aktres porno Stormy Daniels, juga mengajukan tuntutan membebaskan diri dari kesepakatan serupa.

Daniels mengaku pada 2016, dia menerima wang AS$130,000 (RM503,000) agar tidak menceritakan kisah skandalnya dengan Trump. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru