Thursday, June 30, 2022

Sediakah Nik Omar wakili Amanah, lawan adiknya sendiri Nik Abduh Pas di Kelantan?

Secara Rawak

KOTA BHARU: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata keputusan diketahui seawal hari ini, sekiranya Nik Omar Nik Abdul Aziz berminat menjadi calon Amanah di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Nik Omar seorang lagi anak mantan Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bekas Mursyidul Am Pas, pernah ditawarkan Naib Presiden Amanah Husam Musa bertanding sebagai calon Amanah sebelum ini.

“Tawaran itu tidak pernah ‘ditarik balik’ oleh Husam… sekarang ini berlangsung perbincangan dengan Nik Omar…,” kata Abd Rahim pada sidang media di Kota Bharu,

Menurut sumber lain, jika rundingan dengan Nik Omar untuk menjadi calon Amanah berjalan lancar, besar kemungkinan Nik Omar dicalonkan di kawasan yang pernah diwakili Allahyarham ayah beliau iaitu di Chempaka.

Sementara, terdapat sumber lain mengatakan, Pas turut mempertimbang membawa calon tegar Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga adik kepada Nik Omar bertanding di kerusi yang sama iaitu Chempaka. –Sarawakvoice

Nik Omar Nik Aziz
Nik Abduh Nik Aziz

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru