Saturday, December 3, 2022

“Saya ni muka macam jin ke?” — Mahathir respons larangan kempen guna gambarnya

Secara Rawak

CHANGLUN: Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya adakah wajah dia macam jin, sehingga gambar beliau tidak boleh digunakan untuk berkempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Tak boleh tunjuk gambar saya, apa yang dia takut sangat, apa saya ni muka macam jin ke,” tanya beliau semasa berceramah di Felda Bukit Tangga pada Jumaat.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan Harapan menggunakan gambar Mahathir semasa tempoh berkempen PRU14.

Mahathir dalam ceramahnya turut mendakwa tindakan mengharamkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana Barisan Nasional (BN) mahu memenangi PRU14 dengan mudah.

“Akan ada pertandingan daripada parti lawan yang sudah bersatu… tidak dapat surat daripada RoS, tetapi hati kita bersatu, sebab itu dimana-mana kita pergi, kita guna simbol parti Keadilan (PKR) ini, logonya… surat-menyurat…,” ujar Mahathir.

Mahathir turut meminta cawangan Bersatu tidak menutup pejabat dan bilik gerakan mereka kerana pengharaman RoS itu hanya berkuat kuasa 30 hari, dan mereka masih dapat berfungsi menggunakan logo serta lambang PKR. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru