Monday, June 27, 2022

Khaidir Ahmad, bekas editor Utusan Sarawak, TV3 umum bertanding calon Bebas di Temerloh

Secara Rawak

TEMERLOH: Pernah bertugas di Sarawak 1989-1995 termasuk menjadi editor di akhbar Utusan Sarawak, Mohd Khaidir Ahmad mantan ketua pengarang berita TV3 mengumumkan bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Di Facebook beliau pada Jumaat, Khaidir, 56, yang kini presiden Perikatan Pencinta Alam Malaysia (Alam) mengaku, “bertekad memasuki gelanggang perjuangan lebih besar bagi membawa suara alam dan pembelaan rakyat marhaen ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN)”.

Khaidir turut memuat naik foto beliau memegang borang pencalonan di akaun Facebooknya.

Dalam kenyataan beliau kepada Bernama, Khaidir mengaku akan bertanding bagi kerusi Parlimen Temerloh dan salah satu kerusi DUN sama ada Lancang atau Kuala Semantan.

“Saya memilih Bebas kerana tidak ada lagi mana-mana parti politik yang berani menyuarakan isu alam sekitar di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama ini,” kata Khaidir menurut laporan tersebut.

Khaidir membelanjakan wang deposit dan kempen RM23,000 menghadapi PRU14 dan menyambut baik jika ada mana-mana pihak sudi tampil memberikan sokongan moral dan kewangan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru