Saturday, May 21, 2022

Umat Islam di Sarawak jangan ‘layap’!

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak hari ini mengingatkan umat Islam di negeri agar tidak ‘layap’ atau leka kerana wujudnya anasir tertentu yang berusaha untuk mengadu domba dan menjatuhkan mereka, terutama melalui politik.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, usaha licik itu dilakukan berikutan keadaan umat Islam di negeri ini yang sudah senang, mewah dan maju, berbanding pada masa lalu, .

Justeru agenda mereka adalah agar solidariti umat Islam di negeri ini menjadi longgar.

“Ini yang saya takut … layap. Orang lain gunakan kita untuk pecahkan kita. Mereka ada roket, kapal terbang… menggunakan kita, pecahkan kita…akhirnya siapa yang teruk. kita yang teruk,” katanya ketika merasmikan Seminar Pembangunan Ummah 2018 di Kompleks Islam Sarawak, pagi tadi.

Seminar yang berlangsung selama sehari ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Muda Utiliti, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Pengerusi Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.

Katanya, beliau bersyukur di Sarawak, biarpun populasinya kecil, umat Islam di negeri ini tetap berpegang teguh kepada agama untuk memajukan diri.

“Kita mesti percaya kepada takdir, kerana takdir berkait dengan tauhid.

” Keyakinan ini adalah “hablum-minallah”, dan kita perlu berusaha membawa pembangunan agar umat Islam di Sarawak dapat menguasai ilmu dan boleh menukar masa depannya, dan mencipta sesuatu yang boleh dibanggakan.

“Ini perjuangan saya,” katanya sambil menerangkan antara usaha itu termasuklah
menukar iklim ekonomi negeri kepada ekonomi digital, selain mewujudkan jalan pesisir, yang kebanyakan laluannya adalah di perkampungan masyarakat Islam.

Pada majlis yang sama beliau turut menyampaikan sumbang Majlis Islam Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak kepada 35 penerima, dengan nilai sebanyak RM57 ribu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru