Sabah isytihar 9 Mei hari kelepasan am tambahan

0
8

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah pada Khamis mengisytiharkan tarikh 9 Mei depan sebagai hari kelepasan am tambahan di negeri ini sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) telah mengumumkan Rabu, 9 Mei sebagai hari mengundi, manakala 28 April sebagai hari pencalonan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan berkata, kelepasan am tambahan itu adalah bagi memudahkan urusan rakyat di negeri ini melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Ujarnya, keputusan berkenaan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan sempena hari PRU14.
Kerajaan Negeri Sarawak turut mengumumkan hari pelepasan am tambahan pada tarkih berkenaan.

Menurut Sukarti lagi, pelaksanaan cuti ini akan membolehkan rakyat Malaysia, khususnya yang berada di negeri ini, untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan (Holidays Ordinance) Negeri Sabah (Bab 56). –Sarawakvoice