Monday, August 15, 2022

Pemilih boleh semak status mengundi pada Isnin depan — SPR

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Semua pemilih yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh membuat semakan terhadap status tempat mengundi mereka bermula Isnin depan.

Suruhanjaya itu memberitahu, semakan tersebut perlu dilakukan berikutan berikutan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.

Semakan boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau melayari laman sesawang SPR, www.spr.gov.my.

Seramai 14.9 juta pemilih berdaftar yang tersenarai dalam Daftar Pemilih Suku Tahun Keempat 2017 layak untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka.

SPR menyasarkan 85 peratus daripada pemilih melaksanakan tanggungjawab itu kali ini.

Sementara itu, pendaftaran undi pos Pilihan Raya Umum Ke-14 akan dibuka pada 19 April. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru