Friday, September 30, 2022

Kampus Latihan Infra RM55.6 juta di Samarahan beroperasi Julai

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Prapelancaran Kampus Latihan Institut Kemajuan Desa (Infra) Cawangan Sarawak pada Khamis.

Projek kampus di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) itu menelan kos RM55.6 juta ini turut menjadi pejabat operasi dan pentadbiran Infra Sarawak serta pejabat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Sarawak.

Bercakap selepas majlis prapelancaran, Abang Johari berkata, kampus latihan kedua dibina selepas di Bangi itu menyediakan latihan kepada pemimpin akar umbi termasuk pemimpin masyarakat seperti ketua kaum, jawatankuasa kemajuan Kampung selain memberi latihan kepada usahawan secara berterusan.

Lokasi dan kedudukannya menurut beliau sesuai dengan pembangunan Taman Perindustrian Bio di Kota Samarahan yang dekat dengan pusat mengumpul hasil sumber pertanian.

Kampus latihan ini bakal beroperasi pada Julai dilengkapi bilik kuliah, dewan makan, blok pentadbiran dan asrama yang mampu memuatkan 250 peserta pada satu-satu masa. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru