PKR desak SPR dedahkan bilangan sebenar pengundi pos

0
9

KUALA LUMPUR:  Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan bilangan sebenar pengundi pos pelbagai kategori yang layak mengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail  dalam satu kenyataan berkata, ini termasuk bilangan pengundi pos di luar negeri mengikut negara, pemilih pos yang menjadi penjawat awam kategori 11 jabatan yang diwartakan serta  para petugas media.

Calon Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan, juga menuntut SPR menjelaskan mekanisme untuk menjamin pengundian pos tidak terdedah kepada penipuan dan manipulasi.

Tarikh pencalonan adalah pada 28 April, manakala hari mengundi adalah pada 9 Mei.

“Sehubungan itu, saya menggesa supaya SPR mewujudkan mekanisme aduan bagi membolehkan mana-mana pengundi pos bagi membuat aduan jika mereka tidak menerima sampul undi pos mereka,” katanya lagi. — Sarawakvoice