Thursday, June 30, 2022

Richard Riot: Benarkan pekerja tunaikan tanggungjawab mereka pada 9 Mei

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Majikan sektor swasta diingatkan supaya membenarkan pekerja mereka menunaikan hak sebagai warganegara untuk mengundi  pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Sri Richard Riot Jaem dalam satu kenyataan berkata, hak ini diperuntukkan di bawah Seksyen 25 (1) Akta kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia meminta sektor swasta mengambil langkah-langkah seperti memberi ‘time off’ kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian berdekatan atau memberi hak pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

“Pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat pengundian boleh mengambil cuti tahunan. Majikan hendaklah merundingkan soal pemberi ‘time off’, hari kelepasan yang digantikan dan cuti tahunan dengan pekerja-pekerja berkenaan,” katanya lagi.

“Majikan tidak dibenarkan mengenakan penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja bagi tujuan tersebut,” tegasnya.

Kata Richard, mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 25(1) Akta kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika sabut kesalahan.

Penamaan calon bagi PRU ke-14 ditetapkan pada Sabtu, 28 April.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di ibu pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Dengan itu, tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU-13.

Berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017, sebanyak 14,940, 624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 kali ini. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru