Friday, October 7, 2022

Najib rasmi Hari Wartawan Nasional petang ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan buat julung kalinya, Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2018 bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Menara Matrade di sini.

Hawama anjuran Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) bermula dengan Wacana Hari Wartawan Nasional, yang akan bermula sekitar jam 10.30 pagi nanti.

Acara kemuncak akan bermula sekitar jam 4 petang dan dijangka turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Selain ucapan perasmian oleh Perdana Menteri, turut berucap ialah wakil pemberita muda, Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Azman dan wartawan veteran, Tan Sri Johan Jaafar.

Majlis diteruskan dengan sesi interaktif dengan Najib diikuti dengan penyampaian anugerah dan penghargaan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru