Thursday, September 29, 2022

SPR umum tarikh pilihan raya tengah hari ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khasnya pada pagi ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, mesyuarat akan bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.

Pengumuman tentang tarikh penamaan dan pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 akan dilakukan dalam siaran langsung televisyen negara, sejurus mesyuarat tamat.

Mesyuarat hanya dilakukan hari ini setelah semua negeri kecuali Sarawak membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Semalam, Perak menjadi negeri terakhir membubarkan DUN setelah Sultan Nazrin Muizzudin Shah memberi perkenan dalam satu upacara rasmi di istana Changkat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru