Saturday, December 3, 2022

SPR adakan mesyuarat PRU14 hari ini, tentukan tarikh penamaan calon, hari mengundi

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas hari ini membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14.

Turut dibincang dan ditentukan ialah tarikh penting PRU14 termasuk hari penamaan calon dan hari mengundi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu jemputan media oleh SPR pada Isnin yang akan mengadakan sidang akhbar pada tengah hari.

Sementara, dalam kenyataan pada Isnin, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata mesyuarat khas tersebut dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Menurut Abdul Ghani, turut dibincangkan ialah daftar pemilih yang bakal digunakan dalam PRU14 dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan PRU14.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa Sabtu 7 April bagi memberi laluan PRU14 diadakan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru