Isu senjata kimia: Syria tuduh Israel, AS serang pangkalan tenteranya guna peluru berpandu

0
6

DAMSYIK: Selepas Syria dan sekutunya Iran serta Rusia dituduh melancarkan serangan menggunakan senjata kimia ke atas bandar yag dikuasai kumpulan pemisah di Douma, pangkalan udara tentera Syria di Homs menerima serangan balasan peluru berpandu.

Syria menuding Amerika Syarikat (AS) dan Israel sebagai dalang di sebalik serangan peluru berpandu pada Isnin itu.

Reuters mengutip laporan pejabat berita Syria, SANA bahawa agresi Israel di Terminal 4 dilakukan dengan pesawat F-15 yang melancarkan sejumlah peluru berpandu dari Lubnan.

Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan serangan itu dilakukan menggunakan dua jet tempur F-15 milik Israel.

Menurut laporan itu, dua jet itu melontarkan lapan peluru berpandu dengan lima di antaranya berjaya dimusnahkan oleh pasukan mereka di Syria.

Ramai sesak nafas selepas serangan senjata kimian ke atas Douma

Sebelum ini, SANA melaporkan pemerintah Syria menuduh serangan itu dilakukan oleh AS, sementara Pentagon menafikan tenteranya melancarkan serangan udara tersebut.

Kebetulan insiden berlaku selepas Presiden Donald Trump memperingatkan Syria di bawah Presiden Bashar al-Assad berkaitan kekejamannya membunuh warga di Kota Douma mengorbankan lebih 40 jiwa dan mencederakan ratusan lain pada Sabtu lepas.

Trump menulis di Twitter beliau: “Banyak yang tewas, termasuk wanita dan anak-anak, dalam serangan kimia yang tak masuk akal di Syria. Daerah itu ditutup dan dikepung tentera Syriah, membuatnya tidak dapat diakses dunia luar.”

Trump menambah” “Presiden Putin, Rusia, dan Iran bertanggung jawab kerana menyokong binatang Assad.”

Trump mengancam Syria akan “membayar mahal” atas serangan gas beracun itu.

Serangan senjata kimia ke atas Douma

Setahun yang lalu AS pernah melakukan serangan ke atas pangkalan udara Syria sebagai membalas serangan gas sarin di Khan Sheikhoun pada 2017 didakwa dilakukan tentera Assad.

Menafi melakukan serangan tersebut, AS bagaimanapun berkata pihaknya memantau ketat situasi ini dan mendukung usaha diplomatik menunutut tanggungjawab pelaku serangan senjata kimia itu.

Seorang jurucakap Israel menolak memberi komen berhubung serangan berkenaan.

Sebelum ini, Israel beberapa kali menyerang lokasi tentera Syria sepanjang konflik berlaku antara Israel dengan Iran-Syria. –Sarawakvoice