Friday, December 2, 2022

Dakwaan berkaitan tanah ATM tidak benar sama sekali – Hishammuddin

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan dakwaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah tidak benar sama sekali.

“Setakat hari ini tiada sebarang perkembangan mengenai perkara yang berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan tersebut selepas merasmikan Program Jelajah Perkasa Perwira Kuching 1 Divisyen di Kem Muara Tuang di sini, semalam.

Dalam dakwaan tersebut, Rafidah menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri pertahanan pada tahun 2008 telah mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah ATM kepada sebuah syarikat milik tiga individu dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan.– BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru